Sunday, September 7, 2008

Kraftangan

SAYA tidak berapa pasti sama ada wujud lagi atau tidak di kampung saudara2, ini pun saya terjumpa semasa berkunjung ke rumah guru saya di Kedah. Barang2 lama hasil kraftangan orang Melayu kita, cantik indah dan mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi tapi tidak diketengahkan oleh pihak-pihak yang terbabit. Kunjungan saya kali ini ke Belantik, Kedah – di mana bapa kepada Pak Teh Mid (juga merupakan guru tua) – oh mak ai jauh boleh tahanlah rumahnya. Kawasan di situ tenang2 sahaja, jauh dari hiruk-pikuk raung dan jerit motokar yang tiada sopan, berbanding di KL ini. Sesiapa yg berminat hendak membelinya (dlm bentuk yg lebih mini la/replika) sila m aklumkan kpd saya.



Gambar 1 – Sangkak ayam : Ini tempat khas yang dibuat untuk ayam bertelur, itik tidak boleh bertelur di situ, nanti bertelur dahi. Mungkin di tempat lain mempunyai sebutan yang berbeza, sila kita kongsi bersama.


Gambar 2 – Contoh gambar seekor ayam yang berposing semasa saya hendak ambil gambar sangkak tersebut.

Gambar 3 – Pak Teh Mid sedang beraksi sambil memegang sangkak ayam.


No comments: