KITA suka makan. Tapi ada juga orang yang tidak suka makan. Dan makan ini ada beberapa macam jenis. Makan nasi, makan hati, makan dalam, makan baik dan pelbagai makan lagi. Lantas wujudlah makanan untuk dimakan. Di antara makanan yang penting adalah sarapan pagi. Jadinya, saya memang naik lrt untuk pergi kerja. Destinasi pertama yang saya singgah adalah kawasan perniagaan kuih bersebelahan dengan lrt untuk membeli sarapan.
Setakat ini kuih kegemaran saya (mulanya saya tidak juga namanya, semalam baru tanya) adalah kuih BANTAL RAJA. Wahhh terkedu sebentar saya mendengarnya semalam. Namun begitu ia tidak boleh dibuat untuk bantal tidur, hanya untuk MAKAN sahaja hehehe. Inilah kali pertama saya mendengar kuih tradisional bernama sebegitu. Kalau setakat nasi lemak, cucur udang, kuih lapis, kuih lopez (bukan Lopez De Squire) dll adalah kuih-kuih tradisional yang biasa kita lihat di pagi hari. Kenapa? Tak percaya? Rupanya seakan-akan kuih popia pun ada, tapi lain. Tapi sudah 2 hari saya menikmati bantal raja yang kembang minyak.
Bila ditanya kenapa begitu, anda tahu apa jawapannya. "Carilah yang tidak berminyak." Alahai dalam hati saya, beginikah cara dia melayan pelanggan tetap? Tapi tidak mengapa, pembeli ada kuasa untuk memilih, bukan?
Haaa .. ini dia bantal raja wa cakap lu! Kuih tradisonal yang diperbuat dari bahan-bahan sayuran, sempat juga saya bertanya.
“Sayur apa kak?”
“Lobak merah, kobis dsb (sebenarnya tak ingat)”
Mulut saya melopong. “Oooo macam tu.”
Peniaga tersebut ada juga menyebut beberapa nama tapi saya sudah lupa.

No comments:
Post a Comment