Showing posts with label Makanan Tradisi. Show all posts
Showing posts with label Makanan Tradisi. Show all posts

Sunday, September 7, 2008

Kuih Bantal Raja

KITA suka makan. Tapi ada juga orang yang tidak suka makan. Dan makan ini ada beberapa macam jenis. Makan nasi, makan hati, makan dalam, makan baik dan pelbagai makan lagi. Lantas wujudlah makanan untuk dimakan. Di antara makanan yang penting adalah sarapan pagi. Jadinya, saya memang naik lrt untuk pergi kerja. Destinasi pertama yang saya singgah adalah kawasan perniagaan kuih bersebelahan dengan lrt untuk membeli sarapan.

Setakat ini kuih kegemaran saya (mulanya saya tidak juga namanya, semalam baru tanya) adalah kuih BANTAL RAJA. Wahhh terkedu sebentar saya mendengarnya semalam. Namun begitu ia tidak boleh dibuat untuk bantal tidur, hanya untuk MAKAN sahaja hehehe. Inilah kali pertama saya mendengar kuih tradisional bernama sebegitu. Kalau setakat nasi lemak, cucur udang, kuih lapis, kuih lopez (bukan Lopez De Squire) dll adalah kuih-kuih tradisional yang biasa kita lihat di pagi hari. Kenapa? Tak percaya? Rupanya seakan-akan kuih popia pun ada, tapi lain. Tapi sudah 2 hari saya menikmati bantal raja yang kembang minyak.


Bila ditanya kenapa begitu, anda tahu apa jawapannya. "Carilah yang tidak berminyak." Alahai dalam hati saya, beginikah cara dia melayan pelanggan tetap? Tapi tidak mengapa, pembeli ada kuasa untuk memilih, bukan?

Haaa .. ini dia bantal raja wa cakap lu! Kuih tradisonal yang diperbuat dari bahan-bahan sayuran, sempat juga saya bertanya.
“Sayur apa kak?”
“Lobak merah, kobis dsb (sebenarnya tak ingat)”
Mulut saya melopong. “Oooo macam tu.”
Peniaga tersebut ada juga menyebut beberapa nama tapi saya sudah lupa.


Air Kelapa

NAMPAKNYA saya terpaksa mewar-warkan kembali kempen minum air kelapa muda yang telah lama berkubur tanpa nisan. Sedikit masa dahulu kempennya bukan main lagi berasap-asap dalam tv, sekarang apa sudah jadi. Kebetulan semasa saya di Shah Alam, terjumpa gerai yang menjual air ini. Wow, harga boleh tahan - RM2.50 sebiji! Inilah dia minuman tradisi nenek moyang kita sejak zaman-berzaman. Pokoknya digelar ‘pokok seribu guna’, manakala khasiat yang terdapat dalam kandungan air kepala mudanya sungguh menakjubkan, Subhanallah.

Dalam perubatan tradisional, air kelapa banyak sekali digunakan untuk mengubat mereka yang terkena jenis-jenis racun. Racun yang paling popular adalah santau. Menurut kajian sains airnya mengandungi garam kalium, gula semulajadi (7%) dan zat protein. Komposisi mineral air kelapa yang unik ini menyebabkan air kelapa bisa berperanan sebagai minuman isotonik alami. Secara alami, air kelapa muda mempunyai komposisi mineral dan gula yang sempurna sehingga mempunyai keseimbangan elektrolit yang sempurna, sama dengan cairan tubuh manusia. Selain dari itu kalau ia meluruhkan penyakit demam campak. Ada sesetengah orang mengatakan boleh awet muda (entahlah?). Apa macam hebat tidak air kelapa muda? Itu baru cerita tentang airnya.Scientifically are known as nata de coco and widely obtain in our country. In past time, it has been used as an antidote to those who engaged with natural diseases, for instance - german measels etc and black magic known as ‘Santau’. Apart from from the delicious taste, it contains mineral salt – Calium, natural sugar (7%) dan proteins. As for the unique gift from Allah to mankind, it has the natural isotonic power to boast back energy.

Cara Membuat Aiskrim Nata De Coco:
http://www.dunia-ibu.org/dapur/index.php?id=120

Pohon Seribu Guna (multiuses tree) :
http://www.seasite.niu.edu/Indonesian/Bacaan/Con_pohon_kelapa.htm