Saturday, September 6, 2008

Wayang Gedek

Gambar seorang tok dalang Wayang Gedek memegang watak Aitong (kadangkala disebut etong).

Wayang Gedek kebanyakan dimainkan di negeri-negeri sebelah utara terutamanya di Kedah dan Perlis. Menerima pengaruh dari Siam iaitu permainan wayang kulit yang dinamakan Nang Thalung. Seperti permainan wayang kulit Kelantan, ensemble perlatan muzik terdiri daripada serunai, geduk, gedombak, cing/kesi dan gong. Kumpulan yang setakat ini ada di Kedah ialah Wayang Kulit Seri Asun, Kumpulan Pokok Machang (telah berpecah setelah kematian tok dalangnya, Pak Lah) dan Kumpulan Anak Tuah. (Namun kini telah berpecah setelah ketiadaan tok dalangnya).

Bangsal wayang gedek

Namun yang diketahui oleh penulis hanya kumpulan Pokok Machang sahaja yang membawa cerita klasik, yang lain-lain membawa cerita moden.


Wayang Gedek, a well known shadow puppet/play in Kedah and Perlis are usually (northern region in Malaysia) played during the padi harvesting season. But as time goes by, it is rarely performed except by an invitation. Only few groups left in Kedah, that is Seri Asun, Pokok Machang (previously broke off) dan Anak Tuah. Sometimes i wonder what it takes to bring back this rarely performance back to its auspicious day. You? Maybe ...

No comments: