Tuesday, September 9, 2008

Pewaris Seni

Adik-adik dari Felda Mayam, Pahang


Adik-adik dari Alor Setar, Kedah

Adik dari KL

Baluh Gendang Silat



Foto hari ini merupakan beberapa biji 'baluh'/temalang (badan gendang). Ada yang telah siap dan separuh siap. Biasanya jenis ini adalah gendang silat aliran utara. Beberapa jenis bentuk gendang biasanya digunakan dalam membentuk baluh tersebut. Ada yang menggunakan bentuk 'bunting padi', 'serai' atau 'tempayan'. Namun saiz dan ketinggian gendang tersebut mengikut kehendak pemain tersebut. Baluh yang paling cantik dalam menghasilkan bunyi adalah diperbuat dari kayu nangka, kemudian barulah diikuti oleh cempedak, cempedak bakong, nangka pipit, kelapa/nyiur dan sebagainya. Disebabkan gambar tidak berapa lawa, maka terpaksa saya make up dengan efek. Hehehe

This is a kind of malay kettle drum (pronounce as 'GENDANG') used to accompany silat's (Malay's martial art) show. The size of gendang depends a lot to the customer's wish. Usually it is made from nangka (the best wood) dan so on.

Serunai


Sejenis alat muzik tradisional yang termasuk dalam golongan aerofon. Ia menggunakan sistem pernafasan bersambung bagi menghasilkan irama mengikut paluan gendang yang tertentu. Biasanya ia dimainkan mengikut jenis persembahan seperti silat, Mek Mulung, Mak Yong, Terinai, Wayang kulit Kelantan, Wayang Gedek (Kedah), Gendang Peribumi (Keling), Menora, Main Peteri dan sebagainya. Namun serunai yang terdapat di Malaysia ada berbeza2 mengikut negeri. Misalnya di Kedah serunainya berbunyi langsing dan agak pendek sedikit jika dibandingkan dengan serunai di Kelantan dan Terengganu. Kebanyakkan serunai mempunyai 7 lubang atas dan 1 lubang bawah. Di Perlis pula serunainya mempunyai 6 lubang atas dan 1 lubang bawah. Sementara di Negeri Sembilan serunainya hanya mempunyai 4 lubang atas tanpa lubang bawah. Pipitnya biasanya diperbuat dari sejenis daun iaitu dari pokok Lontar atau Tai.

Serunai is one of the Malay traditional music instrument which are widely used in most Malaysian's traditional music dan martial art. In can be divided according to the state, which played in different styles. This instrument are played in continous breathing (without stopping). Reed are made from the leaves of "Lontar's" tree. As u can hear from my background music, this kind of serunai can be seen in Perlis (one of the state in Malaysia). Next time, i'll bring the other state's serunai.




Serunai
General information:
Another example of cultural diffusion!

Throughout Islamic-influenced countries in eastern Europe, northern Africa and much of central Asia, you'll find an ancient double reed instrument with a long, conical wooden body and a flaring bell. Used as a solo instrument or in ensembles, there are several sizes and many distinctive playing techniques associated with each region. Characteristically, these instruments have a distinctively loud, piercing nasal sound created by the vibrating reeds, somewhat similar to the sound of an oboe which is a much later European descendent. Many of these nonwestern instruments use a reed made from a flattened stalk of grass, unlike the harder cane reeds of western oboes.

The serunai and its relatives, including the zurna (Turkey), kangling (Tibet),sorna (Afghanistan), suona (China) and raita (Morrocco), have been played at temple festivals, outdoor processionals, games, weddings and community dances. Prior to this century, the zurna was also associated with Turkish Janissary (or military) band processionals, along with kettledrums. And since the late 1800s, similar instruments have been used in Cuba and other Latin American countries, brought by Chinese immigrants who worked in the sugar cane plantations.

Extract from :
http://www.si.umich.edu/chico/instrument/pages/serunai_gnrl.html

Gendang Kelin' @ Gendang Peribumi


PERMAINAN ‘Gendang Keling’ ini merupakan satu lagi permainan gendang tradisi orang Melayu yang pebih popular di Kedah. Banyak versi dan teori yang menyebutkan tentang asal-usul permainan gendang ini.

i) Teori yang selalu diutarakan adalah asimilasi masyarakat India dan Melayu ketika itu, dan ianya sudah berlaku beratus-ratus tahun sekiranya teori ini benar.

ii) Dalam Ensiklopedia Dunia Melayu pula mengatakan bahawa perkataan ‘Keling’ di situ merujuk kepada perkataan ‘keliling’, dimana ketika dahulu apabila raja atau pembesar, atau majlis perkahwinan, khatan dsb; maka mereka diarak keliling kampung.


iii) Menurut guru saya pula, ia sememangnya permainan orang Melayu, disebabkan apabila gendang ini dimainkan, maka ramai kaum India berkumpul untuk melihat (mungkin disebabkan ada persamaan dari segi cara dan peralatan muzik tersebut. Paling hampir adalah kiranya kita melihat muzik Bhangra yang saling tidak tumpah peralatannya dengan gendang keling, cara permainan/lagu sahaja berbeza). Lama-lama masyarakat setempat merujuk kepada istilah ‘keling’ utk gendang tersebut.

Namun ada juga sebutan lain yang digunapakai iaitu ‘Gendang Peribumi’, tapi jarang diketahui oleh orang luar yang lebih mengenalinya dengan nama gendang keling.


Fungsi gendang ini adalah lebih kepada acara-acara yang bersifat rasmi kerana jika dilihat, terdapat persamaannya dengan Gendang Nobat, bezanya gendang nobat hanya menggunakan sebelah kayu, sedangkan gendang keling menggunakan rotan untuk muka kecil dan kayu untuk memukul muka besar.


As ‘Gendang Keling’ is another form of Malay traditional music that are rarely found in other state except in Kedah. Since now and then, few theories has been adapted to signify its existence since no documentation has been made before this.

i) The first theory referring to the assimilation between Malay and Indian society. It was long, long ago during the Sultanate period. (maybe 400 – 500 years ago).

ii) Others said that it derives from the word ‘Keliling’ (surrounding), during that period when Sultan or his man came to the village, Gendang Keling will be played as a sign of greeting. There you can see ‘Silat Pulut’ is being held by a couples.

iii) According to my Guru, many of the Indians who are attracted to the soung came over to watch, some how later on the term ‘Keling’ is used to refer the show or gendang.

Majlis Potong Jambul



Semalam saya menghadiri majlis potong jambul anak kawan saya di Ampang, sempat juga merakamkan 2, 3 keping gambar yang saya kira dpt dipaparkan di sini buat maklumat kita semua. Sangat cantik majlis itu berjalan, makanan yang dihidangkan membuatkan saya dan kawan2 terduduk sebentar sementara menantikan balik. Hehehe ...


Cukur Rambut/ Potong Jambul

Adat ini dilakukan pada hari ketujuh selepas dilahirkan. Ia turut dipanggil adat potong jambul. Kenduri nasi kunyit dan doa selamat diadakan pada hari tersebut.

Untuk menjalankan upacara tersebut beberapa kelengkapan disediakan.

Sebuah dulang berisi tiga mangkuk atau piring yang berisi air tepung tawar, beras kunyit dan bertih.

Sebiji kelapa muda dipotong bahagian kepalanya dengan potongan berkelok-kelok siku seluang untuk dijadikan penutup. Airnya dibuang dan diganti dengan sedikit air sejuk. Kemudian kelapa itu diletakkan di dalam sebiji batil. Biasanya kelapa itu dihias, umpamanya dengan melilitkan rantai emas atau perak di kelillingnya.


Alatan potong jambul :



Pada hari itu, bayi dipakaikan dengan pakaian cantik dan diletakkan di atas talam yang dialas dengan tilam kecil atau didukung oleh bapa atau datuknya. Si bayi seterusnya dibawa ke tengah majlis dan disambut oleh hadirin lelaki sambil berselawat. Si bayi akan ditepung tawar serta ditabur beras kunyit dan bertih. Para hadirin secara bergilir-gilir akan menggunting sedikit rambut bayi tersebut dan dimasukkan ke dalam kelapa tadi. Bilangan orang yang menggunting rambut bayi tersebut hendaklah dalam bilangan yang ganjil, iaitu tiga, lima, tujuh dan seterusnya. Setelah selesai pihak lelaki menjalankan acara menggunting, pihak perempuan pula mengambil alih. Setelah selesai kedua-dua pihak menjalankan adat bercukur barulah kepala bayi tersebut dicukur sepenuhnya oleh bidan atau sesiapa sahaja yang boleh melakukannya. Kesemua rambut yang dicukur akan dimasukkan ke dalam kelapa. Akhirnya kelapa tersebut di tanam di sekitar halaman rumah bersama sepohon anak kelapa atau seumpamanya sebagai memperingati masa anak itu dilahirkan.


Upacara potong jambul

Lazimnya, semasa adat ini dijalankan akikah turut diadakan. Dari segi syarak, akikah membawa pengertian menyembelih ternakan pada hari ke tujuh selepas anak dilahirkan. Orang Islam yang berkemampuan disunatkan menyembelih ternakan seperti kambing, lembu atau kerbau sebagai akikah anak yang baru lahir. Seorang anak disunatkan berakikah sekali sahaja seumur hidup. Terdapat syarat-syarat tertentu dalam memilih haiwan untuk akikah dan jumlah ternakan untuk akikah juga berbeza mengikut jantina bayi. Bagi bayi lelaki akikahnya ialah dua ekor kambing dan seekor kambing bagi bayi perempuan. Antara hikmah akikah adalah sebagai permulaan kebajikan dan kebaikan bagi pihak bayi tersebut. Akikah sunat dilakukan pada hari ke tujuh kelahiran iaitu boleh dijalankan serentak dengan adat mencukur rambut dan adat memberi nama. Namun ia juga boleh dilakukan pada hari yang lain.

Gendang Silat Aliran Utara



• Gambar Peralatan Gendang Silat Aliran Utara
• (Pics of northern states Gendang Silat in Malaysia)

PERMAINAN gendang silat adalah merupakan satu lagi warisan leluhur yang jarang kedapatan lagi untuk dilihat dan didengar. Sebaliknya hanya di sesetengah tempat dan kawasan sahaja, ia dapat dilihat. Ataupun di dalam pertandingan silat, barulah kedengaran irama yang menusuk ini, namun peraturan baru telah dikeluarkan di mana muzik gendang silat dimansuhkan kerana didapati mempengaruhi markah pengadilan. Ianya terdiri dari serunai, gendang ibu & anak serta gong. Kebanyakan permainan utara memainkan lagu Patani dan Kedah. Namun di sesetengah tempat mereka memainkan irama silat yang dipanggil ‘tabuh’ atau ‘Kubang Nipah.’ Ada juga kawasan2 di sekitar Kedah yang memainkan irama yang di panggil "doh pak canguk". Selain dari itu terdapat juga di beberapa kawasan di Kedah yang memainkan irama yang dipanggil lagu ‘Telus’ atau dalam dialek Kedah – ‘Teluih’. Fugnsi dan kegunaanya adalah mengiringi persembahan seni silat dan juga untuk majlis-majlis rasmi.

Gendang Silat is a drum war played during the fight between foes. And as time goes by, its performance can merely be said to accompany Silat’s performance. It is one of the our great inheritance that must be preserved in order to ensure its continuity. Consisting 4 instrument, that is serunai, gendang ibu & anak and gong. Most os the states in Malaysia have their own silat’s music, and for Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Pulau Pinang and Perak the above instrument are widely used.

Sunday, September 7, 2008

Kraftangan

SAYA tidak berapa pasti sama ada wujud lagi atau tidak di kampung saudara2, ini pun saya terjumpa semasa berkunjung ke rumah guru saya di Kedah. Barang2 lama hasil kraftangan orang Melayu kita, cantik indah dan mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi tapi tidak diketengahkan oleh pihak-pihak yang terbabit. Kunjungan saya kali ini ke Belantik, Kedah – di mana bapa kepada Pak Teh Mid (juga merupakan guru tua) – oh mak ai jauh boleh tahanlah rumahnya. Kawasan di situ tenang2 sahaja, jauh dari hiruk-pikuk raung dan jerit motokar yang tiada sopan, berbanding di KL ini. Sesiapa yg berminat hendak membelinya (dlm bentuk yg lebih mini la/replika) sila m aklumkan kpd saya.



Gambar 1 – Sangkak ayam : Ini tempat khas yang dibuat untuk ayam bertelur, itik tidak boleh bertelur di situ, nanti bertelur dahi. Mungkin di tempat lain mempunyai sebutan yang berbeza, sila kita kongsi bersama.


Gambar 2 – Contoh gambar seekor ayam yang berposing semasa saya hendak ambil gambar sangkak tersebut.

Gambar 3 – Pak Teh Mid sedang beraksi sambil memegang sangkak ayam.